26.6 C
Kuala Lumpur
Ahad, Mei 19, 2024

FB

Pembukaan semula sekolah Malaysia bermula 1 Mac ini

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan pembukaan semula sekolah Malaysia selepas ianya ditutup hampir dua bulan berikutan penularan pandemik Covid-19.

Dalam perutusan khas, Datuk Dr Radzi Md Jidin mengumumkan bahawa pelajar akan kembali ke sekolah secara berperingkat.

Pelajar Sekolah Rendah dari Pra-sekolah, Tahun 1 – 2 akan kembali ke sekolah pada 1 Mac 2021, manakala pelajar Sekolah Rendah dari tahun 3 – 6 akan kembali ke sekolah pada 8 Mac 2021.

Bagi Sekolah Menengah, pembukaan semula sekolah Malaysia untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 6 adalah bermula 4 April bagi sekolah di Kumpulan A dan 5 April bagi sekolah di Kumpulan B.

Pelajar Semester 2 Sijil Vokasional Tahun 1 dan Diploma Vokasional Tahun 1 pula akan kembali ke sekolah pada 1 Mac 2021.

Semua sekolah swasta dan sekolah antarabangsa digalakkan mengikut tarikh pembukaan sekolah seperti yang diumumkan KPM.

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email he***@pe****************.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!