25.3 C
Kuala Lumpur
Ahad, April 19, 2026

FB

Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)

- Advertisement -

Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) adalah satu biasiswa yang dikhususkan untuk bakal guru yang mencapai prestasi pengajian yang cemerlang di Universiti Awam (UA).

Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua dalam bidang yang telah ditetapkan di Universiti Awam bagi tahun yang ditetapkan boleh memohon untuk biasiswa ini.

Bidang – bidang Biasiswa Perguruan Persekutuan

Bidang – bidang yang boleh memohon untuk biasiswa ini adalah bergantung kepada iklan semasa yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Secara umumnya, biasiswa ini biasanya memberi perhatian kepada bidang Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, serta matapelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Syarat Biasiswa guru KPM

yarat bagi biasiswa guru ini adalah seperti tertera di bawah.

  • Calon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari tahun permohonan;
  • Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.5 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohon;
  • Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menghadiri sesi temu duga;
  • Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada; dan
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.

Bagaimana memohon Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)

Permohonanan untuk biasiswa tersebut boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui pautan rasmi ISMP.

Antara perkara yang perlu diambil perhatian sebelum memohon ISMP dinyatakan di bawah.

  1. Pemohon adalah diingatkan untuk mengisi permohonan baharu (bagi calon yang pernah memohon terdahulu) membaca dan memahami syarat dan panduan permohonan dengan teliti serta memasukkan maklumat yang tepat dan sahih.
  2. Kesilapan mengisi maklumat permohonan secara dalam talian termasuk kesilapan mengisi No. Kad Pengenalan akan mengakibatkan permohonan ditolak.
  3. Pemohon dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan awal dan mencuba untuk membuat capaian permohonan secara dalam talian ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana terdapat kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian pada laman web tersebut.
  4. Permohonan melalui Sistem ePenawaran adalah rasmi dan sah. Justeru, borang permohonan dan salinan sijil/dokumen TIDAK perlu dihantar secara hardcopy kepada Bahagian Tajaan Pendidikan (BT), KPM untuk sebarang tindakan lain. Dokumen ASAL perlu dibawa semasa temu duga sekiranya terpilih.
  5. Permohonan yang tidak mematuhi syarat/tidak lengkap akan ditolak.
  6. Pemohon dibenarkan untuk mengemas kini permohonan sebanyak tiga kali dan menghantar SATU permohonan sepanjang tempoh tawaran dibuka.
  7. Pemohon WAJIB memuat turun dan menyimpan/mencetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan sebagai bukti permohonan dan rujukan pada masa akan datang.
  8. Pelajar tajaan juga perlu lulus proses temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam dan berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selama empat (4) tahun sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dengan syarat pelajar tamat dalam tempoh yang ditetapkan. 

Dokumen untuk permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Permohonan untuk biasiswa ini perlu menyediakan dokumen-dokumen dibawah untuk dimuat naik dan dibawa ke temuduga sekiranya dipanggil.

  1. Kad Pengenalan pemohon;
  2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  3. Surat Tawaran Kemasukan Universiti;
  4. Keputusan Semester Terkini yang memaparkan PNGK;
  5. Slip gaji atau penyata pendapatan ibu/bapa/penjaga yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan Kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/Penggawa/Penghulu/Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)/Ketua Kaum/Ketua Anak Negeri/Pesuruhjaya Sumpah;
  6. Slip Keputusan MUET/ IELTS/ CEPT/ CPE/ TOEFL/ APTIS bagi pemohon opsyen BAHASA INGGERIS sahaja;
  7. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/Sijil Menengah Agama (SMA)/ Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran calon dalam BAHASA ARAB bagi calon opsyen DINI sahaja; dan
  8. Salinan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma dalam bidang TVET (sekiranya ada) bagi pemohon bidang teknik dan vokasional.

Borang permohonan Biasiswa Guru

Tidak ada borang permohonan fizikal disediakan untuk memohon biasiswa guru ini.

Sebaliknya, calon atau pelajar perlu memohon secara dalam talian melalui laman web rasmi biasiswa ini.

Elaun Biasiswa Guru

Jumlah elaun bagi guru di bawah biasiswa ini adalah seperti di bawah.  Ianya walaubagiamanpun tertaklu kepada perubahan dari masa ke semasa.

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

ViaKPM
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

7 COMMENTS

Comments are closed.

PAUTAN PANTAS

Latest Articles

error: Content is protected !!