29.3 C
Kuala Lumpur
Isnin, Mei 20, 2024

FB

Ulasan: HONOR 90 5G

- Advertisement -

Ulasan ini adalah berkenaan telefon pintar HONOR 90 5G yang baru sahaja dilancarkan HONOR Malaysia pada 20 Julai 2023 lalu.

HONOR meletakkan telefon pintar HONOR90 sebagai telefon yang kelas pertengahan dalam model – model yang telah dikeluarkannya, namun bagi saya, ianya adalah berada di bahagian atas kelas tersebut.

Dibawah ini adalah spesifikasi Honor 90 5G.

  • Saiz skrin: 6.7-inci AMOLED Quad Curved Floating Display
  • Processor: Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition 5G (4nm)
  • RAM: 12GB (Termasuk RAM Maya)
  • Storan: 512GB
  • OS: MagicOS 7.1 berasaskan Android 13
  • Berat: 183g
  • Saiz: 161.9 x 74.1 x 7.8 mm
  • Kamera depan: 50MP
  • Kamera belakang: 200MP + 12MP + 2MP
  • Batteri: 5,000mAh dengan FastCharge 66W
  • Ciri-ciri tambahan: Pengimbas jari bawah skrin, Skrin dengan 3,840 PWM Dimming

Kelebihan telefon pintar Honor 90 5G

Ada dua perkara yang membuat HONOR 90 ini istimewa berbanding telefon pintar lain, yakni skrinnya yang mampu melindungi mata daripada letih dan kemudiannya rosak, dan kamera utamanya yang mampu mengambil gambar sebanyak 200MP.

Umum tahu bahawa penggunaan skrin yang terlalu lama akan menyebabkan mata berasa letih dan kadang-kadang sakit.  Ini adalah disebabkan jumlah kerdipan yang dihasilkan sesebuah skrin apabila ianya dipancarkan kepada kita.

Skrin OLED yang mempunyai frekuensi kerdipan yang rendah (dibawah 480Hz PWM Dimming) khususnya lebih cepat meletihkan mata kerana ianya mengakibatkan mata perlu lebih fokus apabila dilihat.

Skrin ini walaubagaimanapun terus mendapat tempat di kalangan ramai kerana kualiti paparannya yang jauh lebih baik berbanding skrin LCD, dan kosnya yang rendah untuk digunakan berbanding skrin OLED mahal.

Dalam pada itu, HONOR telah cuba mengatasi masalah ini dengan memperkenalkan skrin khas dengan frekuensi sehingga 3,840Hz PWM Dimming.

Dengan frekuensi lebih tinggi, mata akan cepat letih kerana kerdipan yang dihasilan skrin adalah sangat kurang.  Ini sekaligus membantu mata berfungsi dengan lebih baik dan tidak cepat letih.

Selain itu,  kelebihan – kelebihan yang dimiliki HONOR 90 juga tersenarai di bawah.

  • Gambar pada 200MP – Tidak banyak kamera mampu menangkap gambar pada 200MP tetapi ianya boleh dilakukan dengan HONOR 90. Dengan bilangan piksel yang begini banyak, gambar yang ditangkap lebih jelas dan tidak mudah pecah apabila dibesarkan atau dicetak sebagai banner. (Anda boleh baca artikel lengkap berkenaan kualiti gambar di PhoneSentral)
  • Bateri tahan lasak – Bateri 5,000mAh telefon pintar ini mampu bertahan selama 20 jam apabila menonton video secara strim.
  • Cepat dicas – Pengecas 66W HONOR boleh memberi telefon ini 45% tenaga dalam masa 15 minit di cas.
  • Google Apps – Seperti semua telefon HONOR yang ada kini, ianya tiba lengkap dengan Google dan Google Apps.
  • Permukaan belakang menarik – Bahagian belakang HONOR 90 nampak menarik dan mempunyai ton warna berbeza dalam keadaan berbeza.
  • Skrin melengkung – Skrin melengkung telefon ini membuatkan HONOR 90 ini nampak mahal.
  • Sesuai untuk gaming – Masa memuatkan permainan (game) adalah laju dan seperti telefon premium. Apabila game dimainkan, ianya juga tidak cepat panas.
  • Storan besar – Walaupun dikategorikan sebagai telefon pintar kelas pertengahan, ianya mempunyai storan 512GB.
  • Sesuai untuk vlogging – Jika anda gemar membuat vlog, funsi multi-camera yang ada di dalam kamera ini pasti akan membuat anda teruja. Kualiti video yang dihasilkan juga memusakan. (Anda boleh lihat ulasan kamera HONOR 90 5G ini di PhoneSentral)

Masalah telefon pintar Honor 90 5G

Biarpun telefon ini adalah boleh dianggap cukup lengkap untuk telefon kelas pertengahan, hadir beberapa masalah atau kekurangan yang saya kurang gemarkan.

Antaranya adalah:

  • Rekaan belakang – Biarpun menarik, lokasi kamera di bahagian belakang menyebabkan telefon tersebut tidak rata apabila diletakkan pada meja/lantai.
  • Bukan kalis air – Telefon pintar ini tidak mempunyai IP rating sekaligus bermaksu ianya tidak kalis air mahupun debu.
  • Speaker sehala – Kedudukan pembesar suara (speaker) adalah sehala sahaja. Walaupun bunyi yang dihasilkan kuat, ianya tidak sebaik jika sesebuah telefon mempunyai dua pembesar suara.
  • Zoom terhad – Kamera ini hanya mempunyai zoom sebanyak 2X. Bagi saya ini tidak mencukupi kerana saya gemar mengambil gambar dari jarak jauh.

Harga dan tempat membeli

Telefon pintar 90 5G ini boleh dibeli secara dalam talian di kedai-kedai rasmi HONOR yang tersenarai di bawah.

Biarpun telefon pintar ini hadir dengan sarung silikon dan juga pelindung skrin apabila anda menerimanya, ianya sangat asas bagi sesetengah orang.

Oleh itu, and mungkin boleh menjadikan telefon pintar ini lebih menarik dengan membeli aksesori berkaitan pada pautan di bawah.

Kesimpulan

Secara umumnya, HONOR 90 ini adalah telefon yang cukup baik untuk individu yang mahu membuat video dan mengambil gambar.

Ianya juga sesuai untuk golongan yang mahu membuat kandungan (content) untuk dikongsikan di laman sosial mereka.

Biarpun ianya tidaklah sehebat HONOR Magic5 Pro, namun ianya juga tidaklah semahal telefon pintar premium tersebut dan dan saya rasakan lebih menepati kepada golongan yang mahu mendapat kamera yang serba boleh, tetapi lebih murah.

Anda boleh membaca ulasan yang lebih lengkap berkenaan Honor 90 5G di PhoneSentral.com.
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!