27.8 C
Kuala Lumpur
Rabu, Januari 22, 2025

FB

Biasiswa SHELL (SHELL Scholarship) 2024

- Advertisement -

Biasiswa SHELL (SHELL Scholarship) adalah satu jenis bantuan kewangan daripada SHELL Malaysia yang merupakan anatara syarikat pengeluar minyak terbesar di dunia.

Ianya terbuka kepada rakyat Malaysia yang melanjutkan pelajaran dalam bidang Pra-U dan Ijazah Sarjana Muda di universiti tempatan dan luar negara.

Bidang yang ditaja SHELL

Biasiswa SHELL (SHELL Scholarship) 2024 hanya menaja pelajar dalam bidang tertentu sahaja.

Untuk bidang pra-universiti dan Ijazah Sarjana Muda, penajaan SHELL hanya meliputi tiga bidang utama di bawah.

  • Kejuruteraan: Mekanikal, Sivil, Kimia, Petroleum, Electrikal & Elektronik, Environmental, Kemampanan
  • Sains: Geologi, Geosains, Geomatik, Geofizik, Sains Data
  • Komersial: Pengurusan & Bisnes, Pemasaran Digital

Syarat Kelayakan Biasiswa SHELL (SHELL Scholarship) 2024

Untuk memohon Biasiswa SHELL calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum berikut:

  • Tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana badan penaja untuk pengajian di peringkat yang sama.
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian serta ciri kepimpinan yang tinggi.
  • Mempunyai pencapaian akademik dengan sekurang-kurangnya 8A dalam SPM atau keputusan cemerlang (A*/A) dalam gred O-level di peringkat IGCSE
  • Boleh bekerja di dalam negara tempat anda memohon Biasiswa SHELL
  • Merupakan calon SPM 2023 atau bekas pelajar O-Level 2024
  • Sanggup mengikuti A-Levels di institusi berasrama

Cara memohon Biasiswa SHELL

Pelajar yang berminat untuk mendapatkan biasiswa Biasiswa SHELL boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui laman khas biasiswa SHELL.

Calon perlu menekan butang ‘Apply’ pada laman tersebut untuk memohon untuk Biasiswa SHELL.

Selepas melengkapkan borang permohonan, anda akan dipelawa oleh SHELL untuk melengkapkan Virtual Job Tryout.

Anda juga boleh melengkapkan Realistic Job Preview untuk mengetahui lebih berkenaan Shell Assessed Internship dan program-program graduat SHELL.

Selepas melengkapkan Virtual Job Tryout, anda akan memulakan video temuduga (On-Demand Video Interview) yang mana akan bertanyakan tiga soalan yang harus dijawab dalam masa dua minit setiap satu.

Virtual Job Tryout dan On-Demand Video Interview akan mengambil masa 40 minit dan anda perlu menyelesaikan kedua-duanya dalam masa 7 hari selepas dijemput untuk melengkapkan kedua-duanya.

Langkah terakhir adalah sesi Penilaian akhir dan temuduga berlandaskan kompitensi oleh Badan Pemegang Amanah Biasiswa SHELL.

Hanya calon yang lulus tapisan awal dan disenarai pendek akan dipanggil untuk peringkat temuduga seterusnya oleh pihak SHELL.

Tarikh Tutup Permohonan Biasiswa SHELL 2024

Untuk tahun Biasiswa SHELL 2024, permohonan dibuka dari  17 Mei 2024 hingga 17 Jun 2024.

Maklumat tambahan

Untuk maklumat lanjut, anda melayari laman web rasmi SHELL Malaysia.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!