Biasiswa Tempatan Yayasan Sarawak disediakan untuk pelajar sekolah menengah yang merupakan anak jati Sarawak.
Tujuan
- Menyedia biasiswa kepada pelajar peringkat Sekolah Menengah di Negeri Sarawak yang kurang berkemampuan.
- Membiayai persekolahan bagi membolehkan pelajar meneruskan persekolahan serta menggalakkan peningkatan prestasi akademik pelajar.
Syarat
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).
- Terbuka kepada pelajar Sekolah Menengah dan keutamaan diberikan kepada pelajar Tingkatan 2.
- Tapisan pemilihan pelajar adalah berdasarkan pendapatan per kapita keluarga yang telah disahkan oleh pihak sekolah.
- Pelajar TIDAK penerima biasiswa atau bantuan kewangan daripada daripada kerajaan atau pihak luar.
- Pelajar tidak mempunyai masalah disiplin di sekolah.
Bantuan
- Kadar tetap Tingkatan 2 – 5 adalah RM400.00 bagi setiap pelajar.
Permohonan
- Borang permohonan diedarkan ke sekolah melalui Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPNS).
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.