23.7 C
Kuala Lumpur
Isnin, November 29, 2021

FB

Matrikulasi KPM

Program Matrikulasi KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) diwujudkan pada tahun 1998 merupakan satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Kumpulan pertama (perintis) pelajar program ini pada tahun 1998 terdiri dari kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Pemilihan pelajar ini berdasarkan kepada keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa mereka.

Mulai sesi 2003/2004, Program Matrikulasi telah membuka ruang 10% kepada pelajar bukan Bumiputera untuk mengikuti program ini.

Tempoh pengajian matrikulasi

Tempoh pengajian selama 1 tahun 6 bulan dalam 3 semester.

Program Matrikulasi terus berkembang dengan perubahan tempoh masa pengajian dari 1 tahun 6 bulan kepada 1 tahun (Program Matrikulasi Satu Tahun-PST) pada tahun 2002.

Jurusan matrikulasi

Program Matrikulasi di bawah kendalian KPM pada asalnya dibuat bagi menyeragamkan semua Program Matrikulasi/Asasi yang selama ini dikendalikan oleh IPTA.

Pengambilan pertamanya mengambil pelajar dalam Jurusan Sains dan Perakaunan.

Pada tahun 2008 pula, Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) bagi Jurusan Sains telah ditawarkan khas kepada pelajar Bumiputera.

Kemudiannya Program Matrikulasi telah memperluaskan Jurusan Sains dengan menawarkan Aliran Teknikal pada tahun 2009.

Sijil Matrikulasi KPM

Semua lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017.

Kolej – kolej Matrikulasi KPM

  • Kolej Matrikulasi Melaka
  • Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
  • Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
  • Kolej Matrikulasi Perlis
  • Kolej Matrikulasi Labuan
  • Kolej Matrikulasi Johor
  • Kolej Matrikulasi Perak
  • Kolej Matrikulasi Kedah
  • Kolej Matrikulasi Pahang
  • Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
  • Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
  • Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
  • Kolej Matrikulasi Selangor
  • Kolej Matrikulasi Kelantan
  • Kolej Matrikulasi Sarawak
  • Kolej MARA Kulim
  • Kolej MARA Kuala Nerang

Syakat kemasukan Matrikulasi

Dibawah merupakan syarat minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi KPM. Sila klik pada gambar untuk melihat imej dengan lebih jelas.

Soalan – soalan lazim

Anda boleh memuat turun dokumen berkenaan soalan – soalan lazim Matrikulasi di sini.

Permohonan memasuki Matrikulasi

Permohonan memasuki Matrikulasi akan dibuka setahun sekali.

Untuk memohon, calon pelajar perlu mengisi borang secaara dalam talian yang terdapat di https://matrikulasi.moe.gov.my.

Pembukaan untuk permohonan biasanya akan diwar – warkan melalui akhbar tempatan dan laman web rasmi KPM.

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Stay Connected

246FansLike
69FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -