26.1 C
Kuala Lumpur
Sabtu, Januari 18, 2025

FB

Biasiswa TNB (TNB PRIME Scholarship)

- Advertisement -

Biasiswa TNB (TNB PRIME Scholarship) atau lebih dikenali sebagai Biasiswa Yayasan Tenaga National (YTN) adalah satu jenis bantuan kewangan daripada Yayasan Tenaga National Berhad.

Ianya terbuka kepada pelajar Malaysia yang telah mendapat kemasukan atau layak untuk kemasukan ke pengajian diploma, foundation, matrikulasi, pra-kemasukan (Sabah dan Sarawak) serta Ijazah Sarjana Muda Universiti Awam Malaysia.

Biasiswa ini juga boleh diphon pelajar yang mendapat tempat di Universiti Tenaga National (UNITEN) atau universiti luar negara.

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa TNB (TNB PRIME Scholarship)

Untuk memohon Biasiswa TNB PRIME, calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum berikut:

  • Berumur tidak melebihi 23 tahun pada 1 Januari tahun permohonan
  • Tidak mempunyai adik-beradik yang sedang menerima tajaan Biasiswa YTN.
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian serta ciri kepimpinan yang tinggi.
  • Tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana badan penaja untuk pengajian di peringkat yang sama.

Bagi pemohon program Foundation dan Ijazah Pertama di Universiti Teknologi National (UNITEN) yang merupakan lepasan SPM, mereka harus lulus SPM dengan mendapatkan sekurang-kurangnya A dalam Bahasa Inggeris dan Matematik, dan minimum A- dalam sekurang-kurangnya 4 mata pelajaran berkait dengan bidang pengajian.

Bagi pemohon program Foundation dan Ijazah Pertama di yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara, mereka harus lulus SPM dengan mendapatkan sekurang-kurangnya aras B1 dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris (CEFR) dan minumun A dalam sekurang-kurangnya 8 mata pelajaran berkait dengan bidang pengajian

Bagi pemohon program pra-kemasukan (pre-intake) di yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara, mereka haruslah bumiputera Sabah/Sarawak, lulus peperiksaan percubaan SPM 2019 dengan mendapatkan sekurang-kurangnya aras A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris (GCE-O) dan minumun A dalam sekurang-kurangnya 8 mata pelajaran berkait dengan bidang pengajian.

Bagi pemohon program pra-kemasukan (pre-intake) di Universiti Teknologi National (UNITEN) yang merupakan lepasan SPM, mereka harus lulus peperiksaan percubaan SPM 2019 dengan mendapatkan sekurang-kurangnya A dalam Bahasa Inggeris dan Matematik, dan minimum A- dalam sekurang-kurangnya 4 mata pelajaran berkait dengan bidang pengajian.

Bagi pemohon program Ijazah pertama di Universiti Awam Malaysia yang merupakan lepasan STPM/Matrikulasi/Diploma/Foundation, mereka harus lulus STPM/Matrikulasi/Diploma/Foundation dengan CGPA/PNGK 3.50 dan ke atas.

Cara memohon Biasiswa TNB

Pelajar yang berminat untuk mendapatkan biasiswa Biasiswa TNB perlu mengambil bidang pengajian tertentu sahaja.

Bidang pengajian tersebut adalah seperti di bawah.

  • Kejuruteraan Elektrik
  • Kejuruteraan Kimia
  • Kelestarian Alam Sekitar
  • Sains Data dan Analitik
  • Perakaunan
  • Sains Komputer

Permohonan untuk Biasiswa TNB boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web rasmi Yayasan Tenaga Nasional.

Untuk tahun 2024, permohonan dibuka dari 25 Mei 2024 hingga 6 Jun 2024.

Calon yang lulus tapisan awal dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga oleh pihak YTN.

Keputusan Biasiswa YTN

Keputusan Biasiswa TNB akan diketahui dalam tiga bulan selepas sesi temuduga dijalankan.

Maklumat tambahan

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghantar email kepada infoytn@tnb.com.my atau layari laman web rasmi Yayasan TNB.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!