24.4 C
Kuala Lumpur
Rabu, Februari 19, 2025

FB

Permohonan Biasiswa YTN 2024 kini dibuka

- Advertisement -

Pelajar yang berminat mendapatkan Biasiswa Yayasan Tenaga National (YTN) 2024 kini boleh memohon untuk biasiswa tersebut secara dalam talian.

YTN dalam satu kenyataan ringkas di laman web Tenaga National berhad (TNB) menyatakan bahawa mereka kini mempelawa anak-anak warga kerja dan calon luar yang berminat dan berkelayakan untuk memohon ‘TNB PRIME Scholarship‘ untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Terkemuka Luar Negara dan UNITEN bagi pengambilan 2024.

Tarikh permohonan Biasiswa YTN 2024 adalah dari 26 Mei 2024 hingga 6 Jun 2024, dengan tempat terhad disediakan.

Menurut iklan ringkas yang dikongsikan, YTN telah menyumbangkan lebih RM1.8 bilion kepada lebih 20,500 kepada pelajar-pelajar cemerlang sebelum ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi ke laman Biasiswa TNB (TNB PRIME Scholarship).

Anda juga boleh melayari laman Kewangan untuk lebih banyak maklumat berkenaan bantuan kewangan.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!