25.5 C
Kuala Lumpur
Rabu, Januari 22, 2025

FB

Bjak.my: Kod diskaun dan Insurans kereta murah

- Advertisement -

BJAK.my merupakan servis pembaharuan insurans dan cukai jalan (road tax) secara dalam talian di Malaysia yang menawarkan kod diskaun dan insurans kereta yang murah berbanding kebanyakan tempat lain.

Secara amnya, BJAK.my tidak menawarkan diskaun untuk insurans yang dijualnya, namun anda boleh mendapatkan RM5 di atas sebarang potongan harga sedia ada yang ditawarkan dengan menggunakan pautan BJAK.my yang saya sertakan.

Diskaun tambahan ini hanya dapat diperolehi apabila anda menggunakan pautan yang saya berikan ini; https://bjak.my/diskaunrm5 dan terhad kepada pengguna baharu. (Bagi pengguna lama, anda boleh cuba, tapi saya tak jamin lah)

Secara ringkasnya, jika anda ingin jimat RM5 pada quote insurans anda, langkah-langkahnya adalah seperti dibawah.

  1. Klik pada pautan yang saya berikan diatas
  2. Mohon quote insurans anda
  3. Semak email anda, dan lihat senarai insurans serta harga yang ditawarkan BJAK
  4. Beli insurans yang anda mahu.

Apa itu BJAK.my dan apa kelebihannya

Seperti yang diterangkan diatas, BJAK.my merupakan servis pembaharuan insurans dan cukai jalan (road tax) secara dalam talian di Malaysia.

Ianya semakin pupular kini dengan jutaan pengguna memilih untuk menggunakan BJAK.my pada masa kini.

Antara kelebihan utama BJAK.my adalah keupayaannya memberi kita pilihan apabila ingin membeli insurans, khususnya insurans kereta.

Melalui BJAK.my, anda boleh memilih insurans yang anda rasakan paling sesuai dengan kemampuan kewangan anda, serta keperluan perlindungan anda.

Satu lagi kelebihan BJAK.my adalah pengenalan bayaran ansuran dengan Buy Now Pay Later).

Fungsi ini amat membantu sekiranya anda perlu memperbaharui insurans anda tetapi tidak mempunyai kemampuan kewangan pada ketika itu.

Masalah BJAK.my

Biarpun mempunyai pelbagai kelebihan, BJAK mempunyai kekurangan tersendiri khususnya jika anda membeli insurans bagi kenderaan yang digunakan di Sabah dan Sarawak.

Umum tahu, cukai jalan di Sabah dan Sarawak adalah lebih murah berbanding Semenanjung Malaysia.

Sungguhpun demikian, BJAK.my hanya menawarkan cukai jalan bagi Semenanjung Malaysia buat masa ini.

Kesimpulan

Dengan itu, BJAK.my adalah satu kemudahan dan servis yang amat bagus bagi pengguna yang tidak suka menggunakan khidmat ‘runner’ atau tidak gemar pergi sendiri ke kedai insurans untuk membeli insurans.

Ianya bukan sahaja memudahkan pembelian insurans, tetapi memberi pengguna kuasa untuk membuat pilihan insurans yang lebih sesuai dengan keperluan pengguna sendiri.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!