Bahagian Tajaan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa keputusan Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Kementerian Pendidikan Malaysia bagi ambilan Tahun 2023 kini boleh disemak.
Menurut KPM, pemohon boleh mengetahui status permohonan masing-masing melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ mulai 30 Ogos 2023 (Rabu) pada jam 3:00 petang.
Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau lebih popular dengan nama ‘Biasiswa guru’ adalah biasiswa untuk pelajar yang kini sedang mengikuti pengajian pendidikan di universiti awam di Malaysia.
Secara umumnya, pelajar yang berjaya ditawarkan biasiswa ini juga akan ditawarkan tempat sebagai tenaga pengajar di bawah KPM, dan perlu berkhidmat dengan KPM untuk empat tahun.