22.8 C
Kuala Lumpur
Rabu, September 22, 2021

FB

Dasar pengambilan MRSM kekal

KUALA NERANG: Kerajaan bersetuju mengekalkan dasar pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tanpa mengambil kira aliran sekolah selari dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata semua pelajar berhak mendapat peluang menyambung pelajaran di MRSM sekali gus cadangan perubahan dasar berkaitan perkara itu yang diumumkan sebelum ini tidak diguna pakai.

“MRSM industri pendidikan yang dah lama, jadi saya nak tegaskan hari ni Kementerian Pembangunan Luar Bandar, setelah berbincang dengan pegawai dan kepimpinan di MARA (Majlis Amanah Rakyat), kita setuju kembali kepada dasar asal.

“Maksudnya pelajar Sekolah Agama (Bantuan Kerajaan), SJKC (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) dan SJKT (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) juga boleh memohon (kemasukan ke MRSM),” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan amal Persatuan Wanita Tenaga Nasional Berhad (Pelitawanis TNB) kepada Hospital Kuala Nerang di sini hari ini.

Untuk rekod, beberapa pemimpin pembangkang sebelum ini menyuarakan bantahan terhadap syarat baharu kemasukan ke MRSM yang hanya menerima pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan.

Laman rasmi MRSM bagi kemasukan 2022 antaranya menyatakan kemasukan bagi pelajar tingkatan satu dan empat dihadkan kepada permohonan calon dari Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan sahaja.

Sebelum ini, syarat kemasukan ke MRSM hanya memerlukan pemohon sebagai warganegara Malaysia yang juga terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

BACA SELEBIHNYA DI HARAKAH DAILY

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

246FansLike
66FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -