26.5 C
Kuala Lumpur
Ahad, Januari 19, 2025

FB

KPM disaran kaji beberapa makenisma sebelum buka sekolah

- Advertisement -

Johor Bahru: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu memikirkan beberapa mekanisma sebelum pembukaan sekolah secara bersemuka pada 3 Oktober depan.

Ketua Biro MCA Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan, Michael Tay Chee Boon yang juga Pengerusi Task Force Covid-19 MCA Johor berkata, ia termasuk mengambil kira kegusaran ibu bapa murid dan pelajar.

Beliau berkata, setakat ini pelajar bawah 17 tahun tidak diberikan vaksin, yang menyebabkan golongan berkenaan antara berisiko.

“Malah, kegusaran bertambah dengan adanya golongan guru enggan divaksin, biarpun mereka tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka. Ramai ibu bapa bimbang dengan risiko dihadapi anak mereka.

“KPM boleh wujudkan sistem penggiliran kehadiran pelajar bagi mengelakkan penularan Covid-19 terjadi.

“Pelajar perlu digilirkan apabila sebahagian mereka boleh hadir kelas secara bersemuka, manakala sebahagian lagi meneruskan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Michael Tay turut mencadangkan KPM berbincang dengan pakar termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memberi jaminan keselamatan pelajar di sekolah akan terjamin.

BACA SELEBIHNYA DI MSN

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!