27.4 C
Kuala Lumpur
Rabu, Julai 2, 2025

FB

Google ID DELIMa KPM – Masalah dan penyelesaian

- Advertisement -

Maklumat berkenaan masalah Google ID DELIMa KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) menjadi antara isu Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) pada awal tahun ini.

Masalah ini biasanya melibatkan pelajar Tahun 1, pelajar Tingkatan 1, pelaar cicir, dan pelajar yang baru sahaja memasuki sistem persekolahan di bawah KPM.

ID pelajar ini, biasanya dalam bentuk email m-XXXXXXXX@moe-dl.edu.my, akan diberi di sekolah rendah.

Ianya telah mula dibekalkan pada tahun 2019 sekolah di bawah KPM yang juga dikenali sebagai sekolah awam di bawah KPM.

Penggunaan Google ID DELIMa KPM

Adalah difahamkan Google ID DeLIMA KPM yang dibekalkan KPM akan digunapakai oleh pelajar dari sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

Ini termasuk Kolej Tingkatan 6, Kolej Matrikulasi dan Institusi Pengajian Guru Malaysia (IPGM).

Semua pelajar dan guru KPM dibekalkan Google ID DELIMa KPM (juga dipanggil ID DELIMa) sendiri bagi membolehkan mereka mengikuti kelas di Google Classroom, serta menggunakan kemudahan – kemudahan dalam talian lain yang disediakan KPM.

Pada tahun 2019, ID KPM ini menjadi lebih penting kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) yang memaksa pembelajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

ID DeLIMA KPM Tahun 1

Pelajar Tahun 1 akan menerima ID mereka setelah selesai semua urusan pendaftaran dan kemaskini data APDM.

Ini biasanya akan selesai dilaksanakan pada hujung bulan Mac, jadi pelajar dijangka memperolehi ID selewat – lewatnya bulan April pada satu – satu tahun.

Kelewatan pemberian ID DELIMa KPM ini adalah disebabkan oleh proses pendaftaran pelajar KPM yang mana mereka baru sahaja memasuki alam persekolahan di bawah KPM.

ID pelajar Tingkatan 1

Bagi pelajar Tingkatan 1, ID DELIMa KPM mereka sudah diberi sewaktu mereka di sekolah rendah KPM.

Jika mereka terlupa kata laluan, atau tidak mengetahui ID mereka (dalam bentuk email m-XXXXXXXX@moe-dl.edu.my), pelajar tersebut perlu merujuk kepada guru sekolah rendah.

Daripada maklumbalas yang diperolehi, masalah Google ID DELIMa KPM bagi pelajar Tingkatan 1 perlu dirujuk kepada guru sekolah rendah sehingga data pelajar tersebut telah dipindahkan ke sekolah menengahnya yang baharu.

Biasanya, nama pelajar hanya akan dipindahkan ke sekolah menengah selepas selesai proses pengemaskinian data APDM di peringkat KPM. Ini biasanya selesai pada akhir bulan Januari bagi pelajar dari sekolah – sekolah pengumpan (feeder school).

Pelajar yang berpindah ke Tingkatan 1 dari sekolah rendah yang bukan sekolah pengumpan sekolah menengah tersebut perlu menghubungi sekolah rendah terakhir mereka untuk mendapatkan ID dan katalaluannya sekiranya tidak memperolehi/lupa ID Google DeLIMA KPMnya.

Ini adalah kerana KPM akan memindahkan ID DELIMa pelajar terus ke sekolah menengah yang mana sekolah rendah tersebut merupakan sekolah pengumpan.

Jika guru sekolah rendah tidak mengetahui berkenaan ID DELIMa KPM kerana beliau merupakan pegawai baharu, pihak PPD boleh membantu set semula kata laluan pelajar tersebut.

Untuk makluman, ID DELIMa KPM pelajar tersebut boleh diperolehi dengan melihat nombor APDM pelajar tersebut, dan menambah ‘m-‘ kepada pangkal nombor APDM itu, dan @moe-dl.edu.my pada hujung nombor APDM tersebut.  Jika digabungkan ianya akan menjadi m-NOAPDM@@moe-dl.edu.my.

Kes keciciran

Kes keciciran boleh berlaku memandangkan terdapat ribuan nama pelajar yang perlu diberikan ID DELIMa KPM.

Jika berlaku kes keciciran, pelajar dan guru sekolah perlu memastikan data APDM telah dikemaskini.

ID DELIMa KPM pelajar akan dikeluarkan oleh KPM pada kemaskini berikutnya jika semua maklumat APDM sempurna dan sah.

ID pelajar yang berpindah sekolah KPM

Bagi pelajar yang berpindah sekolah dari sekolah KPM ke sekolah KPM yang lain, pelajar tersebut boleh terus menggunakan ID DeLIMA KPM yang dibekalkan.

Pelajar hanya perlu keluar dari kelas – kelas sekolah lamanya dalam sistem Google Classroom, dan memasuki kelas – kelas baharunya di dalam sekolah yang dimasukinya.

Jika pelajar tidak ingat akan katalaluan atau ID DeLIMA KPM, pelajar perlu berhubung dengan admin sekolah lamanya untuk mendapatkan maklumat berkenaan.

Pelajar hanya boleh menghubungi admin sekolah baharu apabila data perpindahan beliau telah dikemaskini dalam sistem APDM sekolah.

Oleh itu, pelajar perlu peka dan mendapatkan maklumat berkenaan kedudukan ID DELIManya jika beliau tidak ingat akan ID DELIMa atau kata laluannnya.

ID pelajar yang berpindah dari sekolah swasta (bukan KPM)

Bagi pelajar yang berpindah masuk ke sekolah KPM dari sekolah persendirian atau swasta, ID DELIMa KPM mereka hanya akan diwujudkan setelah proses pendaftaran mereka selesai dalam pangkalan data APDM KPM.

Biasanya proses ini akan mengambil sedikit masa, dan boleh mengambil sehingga tiga bulan.

Pelajar perlu sering menyemak dengan guru admin ID DELIMa sekolah baharunya untuk memastikan sekiranya ID DELIMa KPMnya sudah diwujudkan.

Akhir kata berkenaan Google ID DeLIMA KPM

Adalah diharapkan maklumat diatas memberi sedikit maklumat berkenaan masalah ID Google DeLIMA KPM.

Harus diingat bahawa ID DELIMa ini melibatkan ribuan pelajar dan ini memerlukan kerjasama ibu bapa, guru serta KPM untuk memudahkan proses penyelesaian masalah ID Google DeLIMA KPM.

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

Latest Articles

error: Content is protected !!