24.7 C
Kuala Lumpur
Ahad, Januari 19, 2025

FB

Guru ambilan ‘one-off’ dijamin berkualiti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Saringan terperinci terhadap semua calon program pengambilan khas guru secara ‘one-off’ yang diumum Kementerian Pendidikan baru-baru ini akan memastikan kualiti mereka yang terpilih tidak dikompromi.

Setiap daripada mereka mestilah menepati kriteria dan standard yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk memastikan tenaga pengajar yang datang dari program itu tidak diambil secara sambil lewa hanya semata-mata untuk mengisi kekosongan.

Kata Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Rusmini Ku Ahmad, setiap calon diwajibkan lulus Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) termasuk mereka yang bukan berlatarbelakangkan pengajian pendidikan dan perguruan.

“UKCG merupakan ujian psikometrik yang mengandungi dua bahagian, satu adalah inventori berkaitan dengan sahsiah perguruan, dan kedua adalah indeks pengesanan kendiri.

“Seseorang bakal guru itu perlu menjalani latihan yang sewajarnya bagi memperoleh pengetahuan, kaedah pengajaran atau pedagogi, etika keguruan dan kemahiran yang diperlukan masa ini khususnya dalam aspek teknologi digital,” katanya

BACA BERITA PENUH DI AWANI

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

3 COMMENTS

Comments are closed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!