Guru adalah golongan pertama yang akan diberi vaksin Covid-19.
Selain itu, golongan media juga akan diberi keutamaan untuk diberi vaksin tersebut.
Ini adalah kerana terdapat banyak permintaan yang mahu dua golongan itu dimasukkan dalam fasa pertama proses pemvaksinan yang akan bermula pada 24 Februari ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin juga menyatakan bahawa guru berisiko tinggi mengalami kesan negatif daripada jangkitan Covid-19.
“Mereka adalah antara penerima vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bersama-sama lebih 200,000 barisan hadapan yang sudah berdaftar untuk menerima vaksin.” kata Khairy kepada kepada Sinar Harian.
“Permintaan terbabit dilihat wajar memandangkan sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi manakala pengamal media menjadi penyampai maklumat bagi pihak kerajaan terutama menjayakan program imunisasi.
“Kami sudah meminta Kementerian Pendidikan (KPM) menyenaraikan golongan guru yang berisiko tinggi untuk diberi vaksin terlebih dahulu dan perkara ini akan dibawa bagi membolehkan keputusan dibuat dalam mesyuarat dengan Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin.
“Kerajaan akan memenuhi keperluan guru dan pengamal media berdasarkan bekalan vaksin bagi fasa pertama ini,” katanya lagi.
Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata demikian dalam sidang akhbar sempena acara ketibaan bekalan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang diadakan secara maya semalam.
312,390 dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru – baru ini dan ianya dijangka akan dihantar ke seluruh negara untuk memulakan proses vaksin national.
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.