27 C
Kuala Lumpur
Ahad, Januari 19, 2025

FB

Kesatuan guru Sarawak mahu capaian internet dipertingkatkan.

- Advertisement -

Kesatuan Guru Sarawak (STU) terus memanggil agar capaian internet di sekolah dipertingkatkan.

Presidennya, Adam Prakash Abdullah, dipetik sebagai berkata mahukan lebih perhatian diberikan kepada naik taraf capaian internet di sekolah, apabila beliau memberi komen berkenaan Pelan Induk Ekonomi Digital.

“Kita sangat gembira melihat peluang ekonomi untuk negara, tetapi kita tidak harus melukakan anak – anak di sekolah yang merupakan aset terbesar apabila kita bercakap tentang pembangunan masa depan” kata beliau apabila kepada Borneo Post.

Beliau menjelaskan bahawa STU berharap pihak berkuasa akan melihat kearah isu pendidikan dan melaksanakan keputusan yang boleh membantu industri tersebut.

“STU berharap pihak berkuasa berkaitan akan melihat kepada isu – isu pendidikan dengan segera dan melaksanakan keputusan yang boleh membawa sistem pendidikan Malaysia ke peringkat dunia”. ujarnya.

Beliau dalam pada itu berharap bahawa pihak berwajib, khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menilai semua perancangan yang kurang efektif, dan mencari kaedah yang lebih membina dan boleh membantu meningkatkan lagi sistem pendidikan negara.

“Kita perlukan penyelesaian jangka panjang, bukan penyelesaian sementara” ujarnya lagi.

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!