Guru yang mengajar Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu didapati antara paling banyak memilih untuk bersara lebih awal.
Menurut laporan Sinar harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan kenyataan bahawa statistik menunjukkan trend tersebut sejak awal sejak dua tahun lalu.
Laporan itu lagi memetik Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebagai berkata trend persaraan awal dikalangan guru menyaksikan 2,862 guru Bahasa Melayu, dan 1,146 guru Bahasa Inggeris telah memilih untuk bersara lebih awal.
Ini diikuti oleh guru Matematik dengan jumlah 1,015, guru Pendidikan Islam (755), Sains (629) dan Sejarah (483).
Secara pendek, jumlah keseluruhan guru yang bersara awal yang melibatkan semua mata pelajaran yang disebutkan adalah seramai 6,890 pegawai.