Kerajaan Malaysia sedang menjalankan kajian untuk mewajibkan pelajar hanya menamatkan persekolahan apabila sudah tamat Tingkatan 5.
Menurut laporan NST, perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying, yang mana menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), berhajat melihat semua pelajar menamatkan 11 tahun pendidikan di sekolah.
Ini bermaksud pelajar perlu menamatkan enam tahun pendidikan di sekolah rendah, dan lima tahun lagi di sekolah menengah.
Laporan sama menyatakan bahawa Malaysia kini hanya mewajibkan enam tahun persekolahan bagi seseorang di Malaysia dimana pelajar boleh menamatkan alam persekolahan apabila tamat Tahun 6 di sekolah rendah.
Pada masa kini, ibu bapa yang gagal menghantar anak ke sekolah rendah untuk pendidikan awal boleh dipenjara enam bulan atau didenda RM5,000.
- BACA berita lain berkaitan KPM
- BELI baju sekolah
- LIHAT sumber berita: NST