27 C
Kuala Lumpur
Rabu, Mac 19, 2025

FB

Guru tolak vaksin dikecualikan dari mengajar

- Advertisement -

Semua 2,500 guru yang enggan divaksin tetap perlu ke sekolah melakukan tugasan lain seperti biasa tetapi tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka apabila sekolah dibuka 3 Oktober ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, tindakan selanjutnya terhadap mereka akan dibincangkan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas ini.

“Guru ini hanya tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka dalam kelas, tetapi mereka akan diberi tugas lain di sekolah kerana banyak lagi tugasan yang perlu dilakukan.

“Dalam masa yang sama kita juga sedang berbincang dengan JPA apa tindakan dan pendekatan selanjutnya untuk guru ini dan saya sendiri akan berhubung dengan sebahagian mereka bagi mendapat kepastian lanjut,” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Nyak Gam yang terjejas akibat bencana kepala air di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan seramai 2,500 guru yang enggan menerima vaksin Covid-19 tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka di dalam kelas serta berinteraksi dengan pelajar apabila sesi persekolahan dibuka bulan hadapan.

Radzi berkata, tindakan itu diambil bagi memastikan ibu bapa yakin bahawa persekitaran sekolah selamat untuk anak-anak mereka.

BACA BERITA PENUH DI HMETRO.

Ikuti PendidikanMalaysia.my di Facebook untuk maklumat mutahir pendidikan di Malaysia.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

1 COMMENT

Comments are closed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!