27.3 C
Kuala Lumpur
Selasa, Disember 5, 2023

FB

Kesatuan guru: Guru tidak divaksin patut dihalang mengajar dan berinteraksi dengan pelajar

- Advertisement -

KUCHING: Guru yang tidak divaksin perlu dilarang daripada menjalankan tugas melibatkan pelajar.

Larangan ke atas guru yang tidak menerima vaksin COVID-19 daripada mengajar secara bersemuka dan berinteraksi dengan murid dilihat langkah terbaik untuk menjamin keselamatan dam meminimumkan risiko jangkitan COVID-19 di sekolah.

Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU), Adam Parkash Abdullah berkata, pihaknya menyambut baik ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu, namun ia dikhuatiri memberi kesan kepada guru lain yang harus memikul tanggungjawab tambahan ditinggalkan guru tidak divaksin.

“Oleh itu, kita berharap guru yang belum menerima vaksin COVID-19 mendapatkan suntikan itu segera demi keselamatan semua. Kita juga berharap ketika sekolah dibuka kembali nanti, ibu bapa tidak ragu-ragu menghantar anak ke sekolah selepas semua guru menerima vaksin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Adam menegaskan, guru harus memahami bahawa perkhidmatan awam mempunyai etika untuk diikuti dan dipatuhi.

“Sekiranya tindakan diambil terhadap guru kerana mereka enggan diberi vaksin, ia perkara menyedihkan,” katanya.

BACA BERITA PENUH DI BHARIAN

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!