31.8 C
Kuala Lumpur
Ahad, Mei 31, 2026

FB

HONOR Magic6 Pro bakal dijual di Malaysia

- Advertisement -

HONOR Magic6 Pro akan tiba ke Malaysia tidak lama lagi, selepas pelancaran telefon pintar tersebut dibuat di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2024 baru-baru ini.

Telefon pintar paling berkuasa HONOR ini akan membawa peningkatan dalam fotografi, paparan, prestasi dan pengalaman pengguna dikuasakan Kecerdasan Buatan (AI).

Selain itu, HONOR Magic6 Pro telah mencatatkan tiga rekod DXOMARK untuk kategori Paparan, Bateri dan Swafoto, sekaligus mengatasi pesaing terkemuka Samsung, Apple dan Google Pixel.

Peranti berprestij ini mendapat markah 157 dalam kategori Bateri, mengatasi Oppo Find X6 Pro. Untuk makluman, bateri silikon karbon 5,600 mAh digunakan di dalam telefon pintar ini dan ianya diinspirasikan oleh kenderaan elektrik dan boleh digunakan pada suhu -20°C.

Dalam kategori Paparan pula, HONOR Magic6 Pro mendapat markah 157, mengatasi Samsung Galaxy S24 Ultra dan Google Pixel 8 Pro yang masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Paparan Magic6 Pro kali ini mengetengahkan kaca skrin paling tahan jatuh dalam industri, sekaligus menetapkan piawaian baharu untuk rintangan jatuh paparan.

Skrin HONOR Magic6 Pro ini turut menerima pengesahan pensijilan ‘Five Star Overall Glass Drop Resistance Ability SGS’ untuk pelbagai senario.

Peranti flagship ini juga mendapat kedudukan kedua dalam kategori Audio dan turut menerima penarafan ‘Gold’.

Tarikh kemasukan HONOR Magic6 Pro ke Malaysia belum lagi diumumkan tetapi ianya dijangkakan tidak lama lagi.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

Latest Articles

error: Content is protected !!