Telefon pintar realme C67 kini menjadi lebih mampu milik selepas syarikat realme Malaysia menurunkan harga bagi model telefon tersebut.
Menurut kenyataan jenama tersebut, C67 kini akan berharga RM729 untuk variasi 8GB+128GB, dengan variasi 8GB+256GB dijual dengan harga RM799. Variasi 8GB+256GB dijual dengan harga RM899 sebelum ini.
Telefon pintar jenama realme ini merupakan sebuah telefon pintar mampu milik yang menggunakan cip pemproses Snapdragon 685. Ianya dilengkapi dengan kamera 108MP yang mempunyai 3x In-sensor Zoom.
Ianya mempunyai ketebalan 7.59mm dan mempunyai fungsi Mini Capsule 2.0 yang mana membenarkan penggunanya melihat muzik yang dimainkan, cuaca serta banyak lagi, tanpa perlu membuka skrin telefon.
Selain daripada itu, C67 juga dilengkapi dengan NFC 360° dan bateri 5,000mAhnya berupaya menyokong pengecas 33W SUPERVOOC Fast Charging.