24.3 C
Kuala Lumpur
Jumaat, Januari 17, 2025

FB

HONOR Magic6 Pro dilancarkan 20 Mac ini

- Advertisement -

HONOR Magic6 Pro akan tiba di Malaysia pada 20 Mac 2024, dengan pra-tempah untuk telefon pintar unggulan HONOR itu kini dibuka untuk mereka yang berminat.

HONOR Malaysia, dalam satu kenyataan berkata bahawa acara tersebut akan disiarkan secara langsung di halaman Facebook mereka pada pukul 3 petang waktu tempatan.

Telefon pintar yang telah diperkenalkan di Kongres Mudah Alih Dunia (MWC) 2024 di Sepanyol itu, telah menerima ulasan cemerlang kerana menjadi terobosan dalam teknologi telefon pintar.  Ianya juga membantu HONOR menerima 45 anugerah dalam acara yang sama.

Magic6 Pro menampilkan beberapa ciri menonjol seperti Sistem Kamera Falconnya yang menampilkan Kamera Utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP, dan kamera tele-falcon HONOR 180MP, skrinnya yang dilindungi oleh HONOR Nanocrystal Shield dan bateri Silicon-karbon generasi kedua dengan kapasiti 5600mAh.

Ia juga dilengkapi dengan cip platform mudah alih Snapdragon 8 Gen 3 yang dikataka memiliki prestasi yang hebat dan kemampuan AI generatif.

Pra-tempah HONOR Magic 6 Pro

Sementara itu, rakyat Malaysia kini boleh menempah HONOR Magic6 Pro dari hari ini hingga 20 Mac 2024 dengan deposit RM66.

Pelanggang yang membuat pra-tempah akan mendapat hadiah percuma eksklusif bernilai sehingga RM2,259, termasuk HONOR SuperCharge Wireless Charger Stand, HONOR Watch 4, HONOR Earbuds X6, Setahun Jaminan Tambahan dan Gantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari.

Selain itu, pembeli Early Bird Special layak mendapatkan 5 kali ganda rebat deposit ketika membuat pembayaran penuh.

Untuk maklumat lanjut mengenai peranti dan HONOR, semak pautan di bawah.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!