25.5 C
Kuala Lumpur
Sabtu, Julai 20, 2024

FB

Pelajar dipelawa mohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2024

- Advertisement -

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2024.

Permohonan adalah bermula hari ini hingga 29 Mac.

JPA memaklumkan biasiswa itu merupakan biasiswa berprestij tinggi di bawah tajaan kerajaan bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), ekonomi, undang-undang, kewangan Islam dan kecerdasan buatan (AI) di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia.

Menurut JPA borang permohonan yang lengkap berserta dokumen sokongan yang berkaitan hendaklah dihantar dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 5 April ini sama ada melalui serahan tangan atau pos.

Alamat penghantaran adalah seperti di bawah.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

JPA turut itu memaklumkan syarat permohonan BYDPA Tahun 2024 adalah seseorang itu mestilah warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari lepas.

Syarat lain termasuk mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) minimum 3.75 atau kelas pertama atau setaraf dengannya bagi calon Sarjana, manakala Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon PhD.

Pemohon juga telah mendapat tawaran tanpa syarat atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada 2024 di institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian masing-masing.

Antara institusi dalam negara yang dibenarkan JPA untuk Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2024 adalah seperti di bawah.

Manakala, bagi institusi luar negara, hampir 200 institusi luar negara disenaraikan oleh JPA.

JPA turut memaklumkan pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan, disertasi atau tesis.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 03 – 88853053 / 3879 atau e-mel kepada penawaranldp@jpa.gov.my.

Untuk maklumat lanjut, atau memohon untuk biasiswa ini, anda boleh ke pautan di bawah.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

6 COMMENTS

Comments are closed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!