27.3 C
Kuala Lumpur
Ahad, Julai 21, 2024

FB

Promosi Early Bird Special HONOR Magic6 Pro laku keras

- Advertisement -

HONOR Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Early Bird Special untuk telefon pintar HONOR Magic6 Pro telah kehabisan stok.

Telefon pintar yang dilancarkan secara global di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2024 itu bakal dilancarkan pada 20 Mac ini dengan HONOR menawarkan peranti tersebut dengan deposit RM66 bagi pelanggan yang membelinya melalui promosi Early Bird Special sejak 11 Mac lalu.

Bagi pelanggan yang tidak berjaya menempah ketika Early Bird Special HONOR Magic6 Pro, mereka boleh mendapatkannya pada 20 Mac kelak kerana HONOR Malaysia berjanji ianya akan mempunyai cukup stok untuk pelanggan yang akan membuat pra-tempah selepas pelancaran telefon pintar itu kelak.

Pelanggan yang membuat pra-tempah juga akan menerima hadiah percuma yang eksklusif.

Telefon pintar HONOR Magic6 Pro menjadi tumpuan ramai di MWC 2024 dan digelar sebagai ‘telefon Magis’ oleh media antarabangsa kerana mengetengahkan empat teknologi ‘Magis’ yang tercanggih iaitu Kamera Magis, Skrin Magis, Bateri Magis dan Pengalaman Magis.

Ianya akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada jam 3PM pada 20 mac kelak.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

25 COMMENTS

Comments are closed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!