Insentif postpaid 5G RAHMAH Penjawat Awam merupakan satu insentif bagi menghargai penjawat awam di Malaysia.
Ianya telah diperkenalkan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui kenyataan media pada 7 Ogos 2023.
Syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah TM (Unifi Mobile), CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL Communications (Yes).
Tawaran Insentif postpaid RAHMAH Penjawat Awam
Melalui Insentif postpaid 5G RAHMAH Penjawat Awam, penjawat awam akan mendapat rebat RM10 sebulan untuk tempoh 12 bulan bagi pakej pascabayar bernilai RM60 dan ke atas.
Tawaran tersebut bermula pada 16 September 2023 dan berakhir pada 31 Disember 2023.
Kelayakan Insentif postpaid RAHMAH Penjawat Awam
Menurut Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia, semua pelan bernilai RM60 dan ke atas layak mendapat rebat RM10/sebulan di bawah Insentif postpaid 5G RAHMAH Penjawat Awam, yang bermaksud penjawat awam di Kerajaan Persekutuan/ Negeri/ Pihak Berkuasa Tempatan.
Rebat tersebut adalah bagi dua jenis kategori penjawat awam, yakni
- pejawat awam yang baharu mendaftar untuk melanggan pakej pascabayar yang bernilai RM60 dan ke atas dengan mana- mana telco terlibat;
- penjawat awam yang sedang melanggan mana-mana pakej pascabayar yang bernilai RM60 dan ke atas dengan mana-mana telco terlibat dan pakej pascabayar tersebut tidak terikat dengan kontrak; atau
Sekiranya pakej pascabayar sedia ada tersebut masih di dalam tempoh kontrak, perkara ini perlu dirujuk khusus dengan telco terlibat terlebih dahulu bagi melihat kelayakan untuk memohon Insentif.
Insentif ini tidak terpakai bagi penjawat awam yang melanggan mana-mana pakej pascabayar secara berkumpulan melalui Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Kelab/ Persatuan (enterprise package) kerana pakej pascabayar secara berkumpulan telah mempunyai rebat/ diskaun.
Dokumen diperlukan
Memandangkan Pakej ini disasarkan kepada penjawat awam, dokumen-dokumen berikut diperlukan untuk pengesahan:
- Kad Pengenalan; dan
- ID Kad Penjawat Awam.
Pelan syarikat telekomunikasi yang layak menikmati insentif pascabayar penjawat awam
Di bawah adalah pelan-pelan dari syarikat telekomunikasi tempatan yang layak digunakan oleh penjawat awam untuk menikmati insentif ini.
- CelcomDigi
- Digi Postpaid 60 (50GB): RM60/sebulan
- Digi Postpaid 90 (60GB): RM90/sebulan
- Digi Postpaid 120 (105GB): RM120/sebulan
- Digi Postpaid 150 (135GB): RM150/sebulan
- Digi Postpaid Infinite (Tanpa Had): RM75/sebulan
- Celcom Mega 98 (60GB): RM98/sebulan
- Celcom Mega 128 (80GB): RM128/sebulan
- Celcom Mega 158 (100GB): RM158/sebulan
- Celcom Mega 188 (2TB): RM188/sebulan
- Xpax Postpaid 60 (40GB): RM60/sebulan
- Xpax Postpaid Unlimited 75 (Tanpa had): RM75/sebulan
- Maxis
- Maxis Postpaid 79 (80GB): RM79/sebulan
- Maxis Postpaid 109 (100GB): RM109/sebulan
- Maxis Postpaid 139 (120GB): RM139/sebulan
- Maxis Postpaid 169 (150GB): RM169/sebulan
- Maxis Postpaid 199 (200GB): RM199/sebulan
- Hotlink Postpaid 60 (50GB): RM60/sebulan
- Hotlink Postpaid 70 (70GB): RM70/sebulan
- Umobile
- U Postpaid 68 (200GB): RM68/sebulan
- U Postpaid 98 (1TB): RM98/sebulan
- Unifi
- UNI5G Postpaid 65 (60GB): RM65/sebulan
- UNI5G Postpaid 89 (Tanpa had): RM89/sebulan
- Yes
- YES Infinite Standard (Tanpa had): RM88/sebulan
- YES Infinite Premium (Tanpa had): RM118/sebulan
- YES Infinite Ultra (Tanpa had): RM178/sebulan
Bagaimana memohon Insentif postpaid RAHMAH Penjawat Awam
Mekanisma untuk memohon Insentif postpaid 5G RAHMAH Penjawat Awam ini bergantung kepada syarikat telekomunikasi yang dipilih oleh penjawat awam tersebut.
Sungguhpun demikian, secara umumnya ianya adalah seperti dibawah.
- Untuk pelanggan sedia ada, pelanggan boleh berhubung dengan telco berkenaan untuk mendapatkan maklumat mengenai insentif ini;
- Untuk pelanggan baru, pendaftaran boleh dibuat secara bersemuka di pusat jualan telco atau semasa aktiviti promosi di mana mana lokasi terpilih atau mana- mana proses pendaftaran mengikut telco yang terlibat.
Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari laman web telco yang terlibat iaitu TM (Unifi Mobile), CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL Communications (Yes).
Had inisiatif pascabayar 5G RAHMAH penjawat awam
Setiap pelanggan yang layak hanya boleh menikmati 1 kali pemberian Insentif sahaja dengan jumlah nilai kumulatif Insentif sebanyak RM120 setahun.
Beli telefon pintar 5G
Sungguhpun pakej insentif 5G RAHMAH untuk penjawat awam ini menarik, namun ianya memerlukan telefon yang menyokong rangkaian 5G untuk membolehkan ianya digunakan.
Di bawah adalah pilihan telefon pintar 5G yang popular untuk dipertimbangkan. Anda boleh klik pada setiap nama telefon 5G yang disenaraikan untuk melihat harga terkininya.
- Telefon 5G di bawah RM1500 (Keistimewaan: Bateri tahan lama, caj laju)
- Telefon 5G RM1,501-RM2,500 (Keistimewaan: Bateri tahan lama, caj laju, kamera baik)
- Telefon 5G 2,501 ke atas (Telefon pintar premium)