28.6 C
Kuala Lumpur
Selasa, Februari 18, 2025

FB

Etika pakaian pegawai kerajaan dan penjawat awam

- Advertisement -

Etika pakaian pegawai kerajaan atau penjawat awam adalah satu panduan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia.

Ianya dibuat bagi memberi bayangan dan panduan berkenaan fesyen pakaian serta fesyen pakaian alternatif kepada pakaian sedia ada yang sesuai dipakai oleh pegawai perkhidmatan awam semasa bekerja dan menghadiri upacara rasmi.

Etika pakaian penjawat awam lelaki

Etika pakaian pegawai kerajaan perempuan lelaki mengkategorikan dua jenis etika pakaian bagi penjawat awam lelaki.

Kategori pertama adalah bagi Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Sokongan 1 Gred 27 ke atas, dan kategori kedua adalah bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan Sokongan 1 Gred 1-26.

Bagi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Sokongan 1 Gred 27 ke atas, SPA menetapkan pegawai kerajaan mesti  berseluar panjang serta baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher dimana lengan baju tidak boleh dilipat.

SPA juga membenarkan penggunaan Lounge Suite atau Bush jacket dengan bahan kain yang sesuai.

Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan Sokongan 1 Gred 1-26, seluar panjang beserta baju kemeja dengan warna yang sesuai boleh digunakan dimana baju hendaklah dimasukkan ke dalam (tuck-in).

Jika baju berlengan panjang, lengan panjang tersebut tidak boleh dilipat.

Penjawat awam juga perlu menggunakan kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya.

Penggunaan fesyen alternatif bagi penjawat awam lelaki

JPA juga membenarkan penggunaan fesyen pakaian alternatif bagi penjawat awam lelaki bagi baju kemeja berlengan panjang, yang mana mempunyai fesyen;

  • Berkolar baju Melayu cekak musang berbutang tiga
  • Berkolar baju Melayu cekak musang berbutang
    lima
  • Berkolar Nehru berbutang terselindung
  • Berkolar mandarin berbutang tiga

Bagi fesyen pakaian alternatif lelaki ini, penjawat awam harus berseluar panjang.

Lengan baju juga tidak boleh dilipat dan kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam (tuck in).

Pakaian Nehru suit yang mana berbutang hadapan atau berbutang terselindung juga dibenarkan dengan syarat ianya diperbuat dari jenis kain dan warna yang sesuai.

Penjawat awam juga perlu menggunakan kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya.

Penggunaan Baju Melayu bagi penjawat awam

Penjawat Awam dibenarkan menggunakan Baju melayu pada Hari Jumaat.

Sungguhpun demikian, pakaian Baju Melayu harus lengkap dengan bersamping dan bersongkok warna gelap.

Penjawat awam juga perlu menggunakan kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya.

Etika pakaian penjawat awam perempuan

Etika pakaian pegawai kerajaan perempuan atau wanita adalah pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan dipakai selari dengan amalan akhlak yang mulia.

Pakaian yang dibenarkan adalah Pakaian Kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing yang sesuai dipakai semasa kerja.

Ianya termasuklah Baju kurung, Baju kebaya yang labuh dan longgar, Sari yang tidak mendedahkan bahagian badan, Sut Punjabi lengkap berselendang, kemeja berlengan panjang dan berskirt labuh.

Selain itu, penjawat awam wanita juga harus menggunakan kasut bertutup

Penggunaan baju batik Malaysia oleh penjawat awam

Kerajaan telah menggalakkan penggunaan Batik Malaysia sebagai pakaian rasmi penjawat Awam bermula 21 Ogos 2023. Penggunaan Batik Malaysia diwajibkan pada setiap hari Khamis.

Penggunaan batik Malaysia ini walaubagaimanapun tidak wajib bagi penjawat awam yang dibekalkan dengan pakaian seragam, pegawai yang menghadiri acara-acara rasmi seperti
persidangan-persidangan antarabangsa, perjumpaan dengan pelawat-pelawat asing atau
pegawai yang menghadiri majlis rasmi yang menetapkan pemakaian jenis pakaian yang lain.

Batik Malaysia digalakkan untuk digunakan untuk menghadiri majlis-majlis rasmi yang tidak mensyaratkan pemakaian jenis pakaian tertentu.

Penggunaan pakaian seragam oleh penjawat awam

Bagi pegawai yang dibekalkan pakaian seragam, mereka harus menggunakannya setiap masa bekerja.

Penggunaan baju korporat oleh penjawat awam

Pakaian-pakaian jenis lain termasuk jenis kasut, boleh dipakai oleh pegawai-pegawai awam
semasa bekerja jika tugas-tugasnya memerlukan pakaian demikian ( termasuk pakaian
korporat ) dan dibenarkan oleh Ketua Jabatan masing-masing.

Etika fesyen rambut panjawat awam

Penjawat awam, khususnya lelaki, juga mempunyai etika bagi feshyen rambut. Secara umumnya, penjawat awam harus mengikut ketetapan fesyen rambut di bawah.

  • Penjawat awam lelaki tidak boleh berambut panjang
  • Penjawat awam lelaki tidak boleh mewarnakan rambut
  • Penjawat awam lelaki harus memastikan rambut kemas

Tidak ada etika fesyen rambut disediakan untuk penjawata awam wanita, selain ianya mesti kelihatan kemas.

Amalan pakaian pegawai kerajaan

Secara dasarnya, pegawai kerajaan haruslah mengamalkan cara berpakaian seperti di bawah.

  • Mengamalkan Etika berpakaian berpandukan pada Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 tahun
    1985, Perkara 6 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 tahun 2006, dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 tahun 2008.
  • Gaya berpakaian mengikut kesesuaian susuk badan dan bersopan.
  • Berpakaian lengkap, berstokin, memakai tali pinggang, memasukkan baju ke dalam dan memakai tali leher bagi lelaki.
  • Berpakaian kemas, bersih dan bergosok.
  • Memakai kot / blazer bagi pegawai yang menghadiri mesyuarat di pejabat atau di kementerian atau di jabatan yang lain.
  • Sentiasa memakai tanda nama sepanjang masa berkerja di pejabat atau semasa melakukan tugas-tugas rasmi.
  • Memakai baju batik pada setiap hari Khamis.
  • Memakai pakaian seragam bagi anggota yang diwajibkan memakainya semasa bertugas.

Larangan cara berpakaian penjawat awam

Terdapat juga larangan cara berpakaian bagi penjawat awam. ianya termasuklah perkara di bawah.

  • Berpakaian menjolok mata ( jarang,nipis, singkat atau terlalu ketat )
  • Memakai stokin berwarna putih kecuali uniform.
  • Memakai t- Shirt, seluar pendek atau jeans pada waktu pejabat.
  • Memakai tali leher jika baju berlengan pendek kecuali uniform
  • Memakai Baju Melayu yang tidak lengkap pada hari Jumaat ( tanpa songkok dan samping atau memakai kain pelekat )
  • Memakai baju yang melambangkan parti politik atau syarikat perniagaan.
  • Memakai selipar, kasut getah, sandal atau kasut sukan.
  • Melipat lengan baju bagi kemeja berlengan panjang.
  • Memakai barang hiasan yang berlebihan.
  • Memakai perhiasan seperti antinganting, dan gelang bagi penjawat awam lelaki.
  • Memakai pakaian yang koyak, lusuh atau kotor.

Pautan dan pekeliling berkaitan etika berpakaian

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!