Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan saluran DidikTV dengan kerjasama Media Prima baru – baru ini.
Menurut sumber media, DidikTV adalah dikhususkan kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Adalah difahamkan bahawa DidikTV adalah untuk setahun buat masa ini, dan ianya dilaksanakan bagi membantu pembelajaran dan pengajaran di rumah yang terkesan akibat penularan Covid-19.
Di mana anda boleh menonton DidikTV KPM
Saluran tersebut akan mengambil alih NTV7 yang merupakan antara rangkaian televisyen utama syarikat tersebut.
Saluran KPM itu boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di ASTRO dan saluran ntv7 di TV UNIFI.
Bagi set TV Digital Bersepadu (iDTV) yang menggunakan antena, carian saluran DidikTV KPM boleh dilakukan menerusi penalaan automatik.
Jadual rancangan DidikTV KPM
Jadual bagi rancangan – rancangan pendidikan di saluran DidikTV dikeluarkan dari masa ke semasa oleh pihak KPM.
Anda boleh mendapatkan rancangan terbaharu yang ditayangkan mengikut minggu – minggu pada pautan dibawah.
Jadual DidikTV KPM yang terkini
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.