TV Okey adalah sebuah saluran percuma oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Ianya pada asalnya khas untuk rancangan penduduk dari Sabah dan Sarawak dengan program siarannya terdiri daripada yang Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan juga bahasa Kadazan, Iban, Dusun dan Bajau.
Pada tahun 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menghidupkan semula siri TV Pendidikanya melalui rancangan Kelas@Rumah, dan meletakkan beberapa rancangan di TV Okey.
Astro Tutor TV pula adalah saluran pendidikan khas untuk mendidik para pelajar di Malaysia dalam setiap subjek yang diajar oleh guru di sekolah.
Astro Tutor TV terdiri daripada Astro Tutor TV UPSR, Astro Tutor TV PT3, dan Astro Tutor TV SPM yang dikhaskan untuk pelajar yang akan atau sedang menjalani peperiksaan umum.
Calon boleh berinteraksi dengan TV menerusi alat kawalan jauh Astro yang disediakan dengan menekan butang ‘merah’.
Di mana anda boleh menonton TV Okey
Saluran TV Okey boleh ditonton di saluran ASTRO Channel 146 dan 180.
Ianya juga boleh ditonton di saluran 110 MyFreeView dan juga di internet melalui
https://okey.rtm.gov.my.
Di mana anda boleh menonton Astro Tutor TV
Astro Tutor TV adalah khas ditayangkan kepada pengguna – pengguna Astro dan NJOI.
Anda boleh menonton Astro Tutor TV pada saluran Astro berikut:
Saluran 601 (SD) (UPSR)
Saluran 602 (SD) (PT3)
Saluran 603 (SD) (SPM)
Jadual rancangan TV Pendidikan
Jadual bagi rancangan – rancangan pendidikan di saluran DidikTV dikeluarkan dari masa ke semasa oleh pihak KPM.
Anda boleh mendapatkan rancangan terbaharu yang ditayangkan mengikut minggu – minggu pada pautan dibawah.
Lihat jadual TV Pendikan TV Okey & ASTRO Tutor
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.