Pada awal bulan Disember ini, SMK TUTOH APOH di Baram, Miri, telah menganjurkan program dengan tema “Kem Kepimpinan Pengawas – Bina Jiwa, Bangun Minda, Serlahkan ABC” selama tiga hari.
Kem tersebut telah diadakan di sekolah tersebut dengan Maxim E-hailing menaja program tersebut.
Program tiga hari menyaksikan pelajar didedahkan kepada teknik kepimpinan dan tanggungjawab sebagai seorang pengawas sekolah.
Pengurus Pembangunan Wilayah Encik Ahmad Shabrie Sairun, serta wakil Maxim E-hailing telah juga dijemput untuk memberi penjelasan dan maklumat berkenaan Maxim, serta menghadiri “Malam Kebudayaan dan Bakat” bersama-sama pelajar dan kakitangan sekolah.
Semasa program tersebut, pelajar menerima hadiah baju T-shirt, alat tulis dan kipas tangan daripada Maxim E-hailing.
Program Kem Kepimpinan Pengawas SMK Tutoh Apoh tersebut ditaja oleh Maxim sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat dan sebahagian daripada beberapa acara amal di bandar Miri.
—
Hantar berita sekolah anda! : Jika anda mempunyai berita berkenaan sekolah anda yang ingin dipaparkan di sini, hantarkan ke Facebook kami melalui peti pesanan (message box).