Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyaring lebih 300,000 guru dan mengkategorikan mereka mengikut tahap kecekapan digital masing-masing.
Menurut laporan Berita Harian, saringan tersebut telaf dibuat sehingga Oktober 2023.
Langkah KPM itu adalah dikatakan dengan usaha kementerian itu memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan membudayakan teknologi pendidikan secara menyeronokkan.
Dalam perkembangan sama, KPM turut menyediakan pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) yang mengandungi perkhidmatan, aplikasi dan kandungan ditambah baik secara berterusan untuk kegunaan warga pendidik serta pelajar.
Adalah dilaporkan sebanyak 5.3 juta pengguna pelbagai peringkat merangkumi murid sekolah rendah dan menengah, pelajar lepasan menengah iaitu Tingkatan Enam, Kolej Matrikulasi dan pelatih IPG, pelajar Kolej Vokasional, guru, pensyarah dan pemimpin pendidikan mendapat mengakses DELIMa pada masa kini.
- LIHAT panduan membeli laptop
- LIHAT sumber berita: BH