Keputusan Malaysian University English Test (MUET) bagi Sesi 3 tahun 2022 akan diumumkan pada 12 Januari ini.
Menurut pengumuman ringkas Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), keputusan calon peperiksaan tersebut boleh diperolehi seawal 10pagi.
Semakan bagi keputusan MUET itu boleh dibuat melalui portal MPM di https://mecea.mpm.edu.my/MUETR atau melalui semakan SMS dengan memasukkan MUET<jarak>RESULT<jarak>No. KP dan menghantar ke 15888.
Dalam perkembangan sama, MPM juga memaklumkan bahawa Rayuan Semak Semula bagi MUET Sesi 3 2022 boleh dilakukan daripada 12 – 18 Januari 2023 bermula dari jam 10 pagi melalui pautan http://webmpm1.edu.my/muet_ss.
Untuk pautan berkaitan serta maklumat lanjut berkenaan MUET, anda boleh mengetik pautan yang disediakan dibawah.