Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini mengumumkan bahawa permohonan kemasukan Ke Tingkatan 6 Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) kini dibuka bagi calon – calon yang berminat.
Tempoh bagi memohon ke KISAS bagi program tersebut adalah dari 16 Januari 2023 hingga 24 Februari 2023, dan pelajar yang berminat diminta mengisi borang secara dalam talian sahaja.
Syarat memohon ke Tingkatan 6 KISAS
Menurut iklan yang disertakan, pemohon hendaklah seorang warganegara Malaysia dan pernah bersekolah di sekolah yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Calon juga tidak harus berumur lebih 20 tahun dan merupakan calon SPM 2022.
Selain itu, calon juga mesti sihat tubuh badan dan mencapai keputusan akademik yang ditetapkan, mencapai keputusan baik dalam Bahasa melayu dan Bahasa Arab, serta lulus temuduga yang akan dijalankan.
Tarikh temuduga dan tawaran
KPM turut mengingatkan bahawa hanya calon yang berjaya akan dipanggil temuduga.
Temuduga dijangka akan dilakukan pada 13 Mac 2023.
Jika calon melepasi temuduga, mereka akan menduduki Ujian Kelayakan pada 22 dan 23 Mac 2023.
Calon yang berjaya akan mengetahui keputusan permohonan mereka pada 3 April 2023 dengan kemasukan dijadualkan pada 10 April 2023.
Cadangan tarikh serta pelaksanaan dan penempatan murud STAM adalah seperti yang dilihat dibawah.
Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
Kolej Islam Sultan Alam Shah adalah sebuah sekolah berasrama penuh di Klang, Selangor, Malaysia.
Ianya kini memegang status Sekolah Berprestasi Tinggi sejak tahun 2010 (Kohort 1) dan mempunyai pelajar seramai hampir 800 orang yang berusia antara 16 hingga 19 tahun.
Pautan berkaitan
Jika anda berminat untuk memohon ke Tingkatan 6 Kolej Islam Sultan Alam Shah, atau membeli bahan berkaitan permohoanan ke KISAS, anda boleh menggunakan pautan dibawah.