KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi tahun ini akan dikeluarkan pada Rabu (3 Nov).
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my.
“Semakan juga boleh dilakukan menerusi perkhidmatan SMS dengan menaip SPMUNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.
“Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 3 Nov dan akan ditamatkan pada pukul6 petang pada 9 Nov,” menurut kenyataan itu.
Bagi calon SPMU yang tidak mempunyai capaian Internet pula, mereka boleh berhubung dengan pihak jabatan pendidikan negeri masing-masing untuk mendapatkan keputusan peperiksaan itu.
BACA BERITA PENUH DI AWANI
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.
Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.