Koleksi soalan ujian topikal Biologi Tingkatan 4 mengumpulkan pelbagai kertas soalan dan skema jawapan daripada pelbagai sumber termasuk sekolah, modul buku latihan dan buku rujukan.
Kegunaan ujian topikal ini adalah untuk menguji penguasaan pelajar dalam sesebuah tajuk yang baru diajar.
Dalam konteks ini, pengujian dibuat untuk tajuk – tajuk utama sahaja bagi memudahkan pengujian terhadap tajuk yang ada dalam mata pelajaran Biologi Tingkatan 4.
Format SPM Biologi KSSM
Di bawah adalah format bagi peperiksaan SPM bagi matapelajaran Biologi.
Modul Biologi SPM
Modul adalah koleksi pengajaran dan juga soalan yang dikeluarkan bagi membantu pelajar bersedia untuk SPM. Biasanya modul mengandungi praktis terbaik untuk menjawab soalan, dan juga mengandungi soalan – soalan latihan yang berguna untuk persediaan menduduki peperiksaan.
Di bawah ini saya senaraikan modul yang diperolehi untuk tujuan perkongsian dengan calon SPM dan guru – guru untuk digunapakai bagi tujuan pembelajaran. Sumber dan tahun modul dinyatakan dengan jelas bagi memberi pengiktirafan terhadap pembuat modul.
- Modul SPM Biologi 2021 JPN Sabah : [SOALAN] [JT4] [JT5]
- Modul SPM Biology 2021 JPN Sabah : [SOALAN] [JT4] [JT5]
Koleksi soalan topikal Biologi Tingkatan 4
Ujian topikal Biologi Tingkatan 4 disenaraikan seperti di bawah. Anda boleh samada memuat turun dokumen tersebut, atau melihatnya secara dalam talian.
Bagi ujian yang dilaksanakan secara dalam talian, anda akan diberi jawapan selepas tamat melaksanakan ujian tersebut. Sumber dan tahun ujian dinyatakan dengan jelas bagi memberi pengiktirafan terhadap pembuat modul.
- UT Biologi T4 2021 JPN Perak [MUAT TURUN]
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.
Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.