25.4 C
Kuala Lumpur
Sabtu, Disember 9, 2023

FB

KPM akan bincang dengan JPA berkenaan guru yang tidak divaksin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Guru yang memilih untuk tidak mengambil vaksin atau dengan erti kata lainnya enggan divaksin kini sedang dalam perhatian untuk diambil tindakan sewajarnya.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tindakan selanjutnya buat guru berkenaan.

Menurutnya, buat masa ini, guru tidak divaksin tidak dibenarkan untuk mengajar secara bersemuka di dalam kelas.

“Bagi guru tidak divaksin ini ada dua kumpulan iaitu tidak divaksin atas sebab kesihatan serta dinasihatkan oleh doktor dan satu lagi ialah guru yang memilih untuk tidak divaksin.

“Kita (KPM) sedang berbincang dengan JPA bagi tindakan selanjutnya dan buat masa ini kesemua guru ini tidak akan mengajar secara bersemuka,” katanya sempena sidang media Pengoperasian Sekolah hari ini.

Radzi turut berkongsikan data sebenar peratusan warga sekolah terdiri daripada guru, anggota kumpulan perlaksana (AKP) dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dalam sidang media tersebut.

Berdasarkan data sehingga 11 September tersebut, sebanyak 88.56 peratus guru sekolah sudah melengkapkan dua dos vaksin, manakala, sebanyak 97.46 peratus lagi guru baru menerima satu dos vaksin.

BACA SELEBIHNYA DI EDISI9

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!