30.8 C
Kuala Lumpur
Khamis, September 23, 2021

FB

Sekolah Malaysia laksana kehadiran secara bergilir bermula 3 Oktober

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan melaksanakan kehadiran secara bergilir bagi kehadiran murid ke sekolah semasa sesi persekolahan dibuka mulai 3 Oktober depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kehadiran secara bergilir tersebut melibatkan hanya 50 peratus daripada enrolmen keseluruhan.

“Bagi sistem penggiliran minggu yang dinyatakan, murid dalam satu kelas akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Untuk satu kelas hanya 50 peratus murid yang dibenarkan hadir ke sekolah dalam suatu masa.

“Sebagai contoh, bagi kelas Tingkatan Lima A ada 36 orang, maka akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Jadi setiap kumpulan seramai 18 orang,” katanya dalam sidang media mengenai pengoperasian sekolah hari ini.

Dr Radzi berkata, dalam sistem penggiliran yang akan dilaksanakan, kumpulan yang gilirannya tidak perlu hadir ke sekolah akan menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bagi kehadiran murid ke sekolah tanpa penggiliran pula hanya dilaksanakan kepada pelajar sekolah berasrama sepenuhnya, pelajar Tingkatan Enam semester 2 dan IBD tahun 2.

BACA BERITA PENUH DI MALAYSIA POST

Tentang PendidikanMalaysia.my

PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.

Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.

Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

246FansLike
66FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -