30.8 C
Kuala Lumpur
Khamis, September 23, 2021

FB

KPM akan pastikan pelajar menguasai tahap minimum

ARAU: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan semua pelajar dapat menguasai tahap minimum yang ditetapkan sebelum mereka meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya apabila sesi persekolahan tahun ini tamat.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata perkara itu antara yang dibincangkan pihaknya dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari seluruh Perlis hari ini.

“Kita bincang bagaimana nak pastikan murid dapat habiskan kurikulum dalam tempoh yang ditetapkan. Contohnya murid Tahun Satu bersedia untuk ke Tahun Dua,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Malaysia Prihatin bersama PIBG seluruh Perlis di Dewan Sivik hari ini.

Menurutnya KPM akan terus menganjurkan program seumpama dengan semua komponen penting dalam ekosistem pendidikan negara bagi berkongsi cabaran yang dihadapi kementerian sepanjang setahun lepas, di samping memberi penjelasan dan berkongsi pandangan mengenai isu semasa.

Sementara itu, Pengerusi Penggerak Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta Negeri Perlis (PIBKs) Prof. Madya Dr Abdul Jalil Ramli mencadangkan agar satu modul khusus diwujudkan oleh KPM bagi membantu ibu bapa memastikan anak mereka dapat menamatkan kurikulum.

“Jika kita lihat, akibat COVID-19 murid Tahun Satu mengikuti sesi pembelajaran secara bersemuka dalam tempoh tiga bulan sahaja dan ada antara mereka yang terus masuk ke Tahun Dua dalam keadaan tidak dapat menguasai kemahiran 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira,” katanya.

Modul tersebut katanya akan membantu ibu bapa mengajar anak mereka di rumah, dengan keutamaan ialah kepada murid Tahun Satu dan Dua bagi mengelak wujudnya jurang yang luas dari segi penguasaan kemahiran 3M.

Menurutnya kebanyakan murid yang tidak dapat menguasai kemahiran 3M ialah mereka yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan kerana ketiadaan kemudahan Internet dan peranti bagi membolehkan mereka mengikuti kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika persekolahan berlangsung secara dalam talian sebelum ini.

SourceBERNAMA
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

246FansLike
66FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -