Kementerian Pendidikan malaysia (KPM) bakal mewujudkan sebanyak enam pasukan petugas khas (task force) untuk memperkasakan haluan pendidikan negara pada tahun ini.
Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan. beberapa bahagian ini akan dineri tanggungjawab untuk menerajui pasukan petugas khas bagi memastikan keberhasilan yang dicapai berkualiti.
Jelas Azman, pasukan khas yang akan ditubuhkan adalah seperti di bawah;
- Pasukan Task Force Prasekolah serta Task Force Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), yang masing-masing akan diterajui Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP),
- Pasukan Task Force Intervensi Kurikulum yang diterajui Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK),
- Pasukan Task Force Pendidikan Digital, yang diterajui diterajui Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP),
- Pasukan Task Force Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang bakal diterajui Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV), dan
- Pasukan Task Force Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang akan diterajui English Language Teaching Centre (ELTC), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Azman membuat pengumuman berkaitan Task Force tersebut semasa Majlis Amanat Pengarah KPM pada hari ini tadi.
Majlis tersebut boleh dilihat dibawah.