24.4 C
Kuala Lumpur
Rabu, Februari 19, 2025

FB

Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 11 Mac ini

- Advertisement -

Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM) tahun 2023 bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) akan dikeluarkan pada 11 Mac ini.

Keputusan sijil tersebut boleh diperoleh dari sekolah masing-masing mulai 10 pagi.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini memaklumkan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2023 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 19 Jan lepas dengan seramai 3,210 MBPK dari 725 sekolah di seluruh negara telah menamatkan persekolahan bagi sesi akademik 2023/2024 dan layak menerima SASM.

Menurut kenyataan KPM lagi, Sijil Alternatif Sekolah Menengah adalah cerminan agenda pendidikan manusiawi KPM yang memastikan akses pendidikan terbaik untuk semua murid dan tiada siapa yang terpinggir.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!