25.5 C
Kuala Lumpur
Rabu, Mac 19, 2025

FB

KPM beri penjelasan perbezaan angka cicir SPM 2022

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan tiada percanggahan dalam jumlah pelajar yang tidak hadir dan tidak mengduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Menurut Timbalan Menteri, Lim Hui Ying, bilangan itu turut membabitkan calon yang berdaftar mengambil satu mata pelajaran dalam peperiksaan awam itu.

Jelas Hui Yin berkata, angka 30,000, atau lebih tepat lagi 29,663, yang disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah angka yang tidak menduduki peperiksaan awam termasuk mereka yang mendaftarkan hanya satu mata pelajaran sahaja.

Angka 14,858 atau 3.8 peratus yang disebutkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, pula merupakan jumlah calon tidak hadir peperiksaan yang berdaftar untuk mengambil enam mata pelajaran. Jumlah ini termasuk calon perendirian.

Perbezaan antara angka calon yang tidak menduduki SPM 2022 itu menjadi perdebatan hangat di parlimen Malaysia apabila mantan Menteri Pendidikan Radzi Jidin mempertikaikan angka yang diberikan Fadhlina, serta angka yang diberikan Anwar.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

1 COMMENT

Comments are closed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!