25 C
Kuala Lumpur
Rabu, Disember 6, 2023

FB

CelcomDigi permudahkan cara melaporkan ‘scam’

- Advertisement -

CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) dalam minggu ini tadi telah melancarkan cara yang lebih mudah untuk pelanggan mereka melaporkan kes ‘scam’, penipuan atau aktiviti yang mencurigakan.

Antara penambahbaikan yang dibuat adalah meletakkan pilihan untuk melaporkan kes scam atau penipuan dalam menu khidmat pelanggan automatik yang dikenali sebagai Interactive Voice Response (IVR).

Pilihan ini membolehkan pelanggan CelcomDigi yang ingin membuat laporan segera mengenai kes scam atau penipuan untuk hubungi pusat khidmat pelanggan mengikut rangkaian servis mereka, iaitu 019-6011111 untuk Celcom atau 016-2211800 untuk Digi.

Apabila pelanggan memilih untuk melapor sebarang kes scam ataupun, panggilan atau SMS yang mencurigakan, mereka akan diberi dua pilihan iaitu:

  • Bagi kes scam atau penipuan yang tidak melibatkan akaun bank pelanggan seperti Spam SMS, Panggilan Penipuan, pautan mencurigakan atau iklan produk CelcomDigi yang mencurigakan, para pelanggan diberi panduan untuk membuat laporan secara dalam talian; manakala
  • Bagi kes scam atau penipuan yang melibatkan akaun bank pelanggan, mereka dinasihatkan untuk dail 997 bagi melaporkan kes tersebut kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) untuk tindakan lanjut.

Secara alternatif, para pelanggan boleh melaporkan sebarang kes scam atau penipuan di laman sesawang Digi atau Celcom.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!