KUCHING: Beberapa isu berkaitan sektor perguruan di negara ini perlu diselesaikan dengan segera, jelas Presiden Kesatuan Guru Sarawak Adam Parkash Abdullah.
“Antaranya termasuk isu guru yang memilih untuk bersara awal diikuti jumlah kekurangan guru khususnya di Sarawak,” katanya .
Menurutnya, STU yang menyedari perkara ini menggesa Kementerian Pendidikan untuk menyelesaikannya dengan cepat. “STU amat prihatin terhadap isu ini kerana ia menjejaskan prestasi guru di seluruh negara.
“Ini kerana kebanyakan guru berkongsi sentimen dan alasan yang sama untuk menarik diri dengan menyifatkan mereka tidak perlukan kerja perkeranian dan jangkaan ibu bapa diikuti hasil tidak menguntungkan dan kekurangan kemudahan untuk memenuhi permintaan kerja,” katanya.
Adam memaklumkan, sepatutnya guru mempunyai peranan teras di sekolah agar menjadi contoh dan pengajaran kepada murid, namun terpaksa meluangkan masa untuk mengumpul, memproses dan menyiarkan data pada masa yang sama.
“Kami perlukan masa sendiri untuk bernafas di samping menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk hari berikutnya.
BACA BERITA PENUH DI SARAWAKVOICE
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.
Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.