KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dalam proses mengambil tindakan wajar berhubung isu membabitkan guru kontrak perkhidmatan (COS) yang bakal menamatkan kontrak mereka Jun depan.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, arahan juga sudah dikeluarkan pihaknya supaya perkara itu diberi perhatian dan diselesaikan segera.
“Apabila ada kelapangan, saya akan baca komen-komen yang ada di media sosial saya. Dalam ruangan tersebut, selain daripada ucapan hari raya, ada juga komen yang dititipkan mengenai guru COS ambilan Jun 2020.
“Untuk makluman, KPM sentiasa prihatin akan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh masyarakat tentang pendidikan. Terkini, perkara berkaitan kegusaran guru yang akan tamat kontrak COS mereka pada Jun 2022,” katanya melalui Facebook dan Twitter.
BACA BERITA PENUH DI BHARIAN
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.
Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.