Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), melalui Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr. Mah Hang Soon telah dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata bahawa beliau mengharapkan belanjawan akan datang akan memberi fokus kepada aspek Kesihatan, Kebersihan, dan Keselamatan (3K) di sekolah.
Menurut Dr Mah, fokus kepada 3K Sekolah akan membolehkan lebih 10,000 institusi di bawah Kementerian Pendidikan menerima manfaat.
Jika belanjawan tahun – tahun sudah dijadikan ukuran, KPM biasanya menerima peruntukan yang besar setiap kali Belanjawan Malaysia diumumkan.
Pada tahun ini, tarikh pengumuman Belanjawan 2023 telah diawalkan dengan mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, peruntukan Bajet 2023 terhadap sektor pendidikan perlu ada pertambahan sebanyak 10 hingga 30 peratus berbanding pembentangan belanjawan tahun lalu bagi menyokong kemajuan pendidikan negara.
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini. Dapatkan juga buku rujukan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di sini.