Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin telah menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai bidang kuasa untuk menarik balik atau menggantung mana-mana buku atau bahan bacaan yang tidak diterbitkan oleh pihak KPM atau agensi-agensi di bawahnya.
Menurut Radzi Jidin, KPM hanya bertanggungjawab dalam memastikan buku-buku yang keluaran KPM melalui proses yang ditetapkan.
Beliau mengulas mengenai satu isu di media sosial baru-baru ini yang mana menyatakan bahawa terdapat satu muka surat sebuah buku rujukan mata pelajaran Sejarah Tingkatan 5 yang silap menunjukkan gambar wajah Tun V.T. Sambanthan.
Kesilapan itu telah dikhabarkan mendatangkan kekesalan anak mendiang, Deva Kunjari Sambanthan.
Buku yang disebutkan merupakan buku terbitan pihak swasta dan bukanlah buku di bawah seliaan KPM.
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini. Dapatkan juga buku rujukan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di sini.
Comments are closed.