25.5 C
Kuala Lumpur
Selasa, November 29, 2022

FB

HONOR perkenalkan laptop MagicBook X 16

- Advertisement -

HONOR Malaysia minggu ini tadi telah memperkenalkan komputer riba terbaharunya, MagicBook X 16.

Laptop baharu ini mempunyai skring 16-inci dan dengan bezel setebal hanya 4.5mm, sekalis membolehkanya mempunya nisbah skrin kepada badan sebanyak 89%.

Komputer riba ini hadir dengan resolusi 1920*1200 piksel, dan disahkan mempunyai sijil TÜV Rheinland Low Blue Light (Hardware Solution) dan Sijil TÜV Rheinland Flicker Free yang mana boleh melindungi mata daripada sinaran blueray.

Pemproses utama komputer riba ini adalah Intel® Core™ i5-1235U (Generasi ke-12). Intel® Core™ i5 adalah processor yang cukup mampu untuk melaksanakan kerja – kerja pengeditan video dan gambar, sekaligus membayangkan bahawa komputer riba ini boleh digunakan untuk tugasan lain, selain daripada hanya kerja pejabat biasa.

HONOR juga telah menambahbaik ventilasio sistem penyejukan komputer riba ini dengan memperkenalkan kipas laptop yang lebih besar, serta sirip penyejukan yang lebih besar pada prosessor.

Akhir sekali, komputer riba ini hadir dengan bateri bersaiz 60W yang boleh digunakan selama 12 jam jika anda menonton video.

Harga dan tempat membeli

HONOR MagicBook X 16 ini akan mula dijual pada harga RM3,499 pada 18th November 2022 dengan warna Mystic Silver,

Ianya cuma hadir dengan konfigurasi 8GB RAM + 512GB ruangan storan.

Sebagai promosi, HONOR turut menawarkan beg galas, tetikus tanpa wayar, dan Microsoft Office Home & Student 2021 secara percuma kepada sesiapa yang membeli komputer riba ini.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber untuk guru, pelajar dan ibu bapa di Malaysia yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bahan dan juga maklumat berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -