Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah baru-baru ini mengeluarkan garis panduan semasa cuaca panas yang kini sedang melanda sebahagian kawasan di Malaysia.
3 taraf amaran cuaca panas
Garis panduan tersebut menetapkan tiga jenis tahap amaran yakni Amaran Pertama, Kedua dan Ketiga.
Amaran-amaran tersebut akan dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dengan Amaran Pertama dikeluarkan sekiranya suhu didapati melebihi 35 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut.
Amaran Kedua pula akan dikeluarkan jika suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius, dengan pihak Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim membuat pengistiharan heatwave.
Gelombang Ketiga pula adalah suhu melebihi 40 darjah Celsius yang mana dikategorikan sebagai status kecemasan dengan pemakluman oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi pengistiharan kecemasan.
Garis panduan penutupan sekolah semasa cuaca panas
Selaras dengan itu, KPM mahu pentadbir bagi semua sekolah dan institusi di bawah seliaannya mengambil maklum dan peka terhadap status suhu semasa dengan langkah-langkah pemberhentian aktiviti luar dilaksanakan sekiranya amaran pertama dicapai.
Bagi amaran kedua, KPM membenarkan institusi di bawah seliaannya menutup institusi.
Selain daripada itu, KPM juga memperingatkan pihak institusi di bawahnya agar menyediakan air minuman mencukupi bagi menampung keperluan pelajar.
Anda boleh memuat turun suart siaran berkenaan Gelombang Haba ini di pautan dibawah.