29.5 C
Kuala Lumpur
Rabu, Disember 4, 2024

FB

KPM umum Garis Panduan Pencegahan COVID-19 di sekolah

- Advertisement -

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada minggu ini tadi telah mengumumkan garis panduan terkini berkenaan Pencegahan Penularan COVID-19 di sekolah dan institusi di bawah jagaannya.

Ini termasuklah sekolah, Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Perguruan (IPG).

Intipati Garis Panduan COVID-19 di sekolah

Menurut panduan yang bertarikh 28 April 2023 itu dilihat tidak banyak berubah dari panduan sebelum ini, yang mana menetapkan pelajar, guru mahupun staf sokongan di sekolah atau institusi KPM yang berjelaga seharusnya membuat semakan kendiri Covid-19.

Bagi individu yang positif, mereka seharusnya melaporkan status mereka menggunakan aplikasi MySejahtera dan mengkuarantinkan diri mengikut arahan dalam aplikasi tersebut.

Selain daripada itu, penggunaan pelitup muka juga terus digalakkan oleh KPM, dan pelajar yang didapati berjegala akan disaring di sekolah atau institusi KPM bagi mengetahui status Covid-19 pelajar tersebut.

KPM juga meminta pihak sekolah serta institusi di bawah naungannya supaya terus menjaga kebersihan dan memastikan pengudaraan bilik kelas di dalam keadaan yang baik bagi memastikan penularan virus tersebut boleh dibendung.

Lihat Panduan Pencegahan Covid-19 Sekolah

Panduan lengkap Pencegahan Penularan COVID-19 di sekolah serta pautan ke artikel dan bahan berkaitan boleh dimuat turun dalam pautan di bawah.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!