Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dimansuhkan mulai tahun ini dan digantikan dengan pengukuhan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ia merangkumi tiga komponen utama iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
“Dari segi penambahbaikan PBD Pentaksiran Formatif (berterusan), kita akan memperkasa program latihan untuk pentadbir atau guru bagi memantapkan pelaksanaan pentaksiran berterusan di sekolah.” kata Radzi Jidin.
BACA BERITA PENUH DI HARIAN METRO
Tentang PendidikanMalaysia.my
PendidikanMalaysia.my merupakan satu laman komuniti berkaitan pendidikan yang berkongsi informasi dan bahan berkenaan pendidikan di Malaysia.
Jika anda ingin berkongsi bahan, hubungi kami di Facebook dan kami berbesar hati berkongsi bahan anda di sini.
Sila LIKE dan FOLLOW kami di Facebook untuk perkongsian terbaharu berkenaan Pendidikan di Malaysia.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk menghantar bahan untuk dikongsikan kepada semua pembaca kami melalui email hello@pendidikanmalaysia.my atau dengan menghantar pesanan di laman Facebook kami.